Proses mengeluarkan duit (witdhrawal) daripada akaun dagangan GMI Markets merupakan salah satu perkara yang sangat penting.
Dalam artikel ini, saya akan terangkan cara untuk mengeluarkan duit anda dari akaun dagangan GMI Markets ke akaun bank tempatan Malaysia.
Apa Yang Perlu Disediakan Untuk Proses Withdrawal?
Untuk membuat permohonan pengeluaran, anda perlu sediakan beberapa perkara iaitu:
- Telefon pintar, laptop/komputer atau tablet.
- Talian internet.
- Akaun trading GMI Markets mestilah sudah disahkan.
- Akaun bank atau e-wallet.
Selepas semua perkara di atas telah disediakan, anda sudah boleh membuat permohonan pengeluaran wang.
Caranya adalah seperti berikut:
Cara Mengeluarkan Duit Dari Akaun Trading GMI Markets ke Akaun Bank Anda
Langkah 1
Login ke akaun trading GMI Markets anda. Klik di sini untuk login.
Langkah 2
Klik butang Funding.
Langkah 3
Klik “Withdraw Funds” dan pilih kaedah deposit yang anda mahu.
Untuk trader Malaysia, kaedah withdrawal yang mudah adalah dengan menggunakan kaedah pengeluaran Online Bank Malaysia melalui bank tempatan Malaysia seperti Maybank, CIMB, RHB, Public Bank dan Hong Leong Bank.
Langkah 4
Selepas itu, sila isi borang permintaan pengeluaran seperti gambar di bawah.
Jika semuanya telah diisi dengan lengkap, klik butang “Withdraw” untuk menghantar permohononan pengeluaran anda.
Sila ambil perhatian bahawa pengeluaran diproses antara 8 pagi hingga 6 petang setiap hari, termasuk cuti umum (tidak termasuk hujung minggu). Permintaan pengeluaran wang selepas waktu ini akan diproses pada hari berikutnya.