Deposit: Bagaimana Cara Memasukkan Duit Anda ke Dalam Akaun Dagangan GMI Markets Anda

Membuat deposit di GMI Markets adalah mudah. GMI Markets menyediakan tiga kaedah deposit kepada pelanggan mereka iaitu deposit melalui Electronic Payment (Debit/Kredit Kad, Neteller, Fasapay), Local Deposit dan Online Bank Transfer.

Kaedah deposit yang paling mudah digunakan terutamanya pedagang dari Malaysia iailah deposit melalui Online Bank Transfer.

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan bagaimana cara membuat deposit di GMI Markets menggunakan kaedah Online Bank Transfer.

Sila ikut langkah-langkah di bawah:

Langkah 1

Login ke Member Area GMI Markets.

Langkah 2

Klik butang “Funding”

Langkah 3

Pilih kaedah deposit Online Bank Transfer. Kemudian klik pilihan Fast Banking.

Langkah 4

Di bahagian ini, anda perlu pilih bank anda, kemudian masukkan nombor akaun bank anda.

Jika ini adalah deposit pertama anda, anda perlu mengesahkan akaun bank anda terlebih dahulu dengan memuat naik (upload) bank statement atau penyata bank yang tersedia seperti di dalam gambar di bawah.

Jika akaun bank anda sudah disahkan (verified), sila abaikan langkah ini.

Langkah 5

Setelah akaun bank anda sudah disahkan (verified), anda boleh teruskan proses deposit ke langkah seterusnya.

Sila masukkan jumlah jumlah wang yang anda nak masukkan ke dalam akaun trading GMI anda. Selepas itu tandakan ruang Declaretion, kemudian klik butang Deposit.

Langkah 6

Di bahagian ini, maklumat deposit anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah. Jika semua maklumat adalah tepat, sila klik butang “Submit” untuk deposit akaun dagangan GMI Markets anda.

Deposit anda akan diproses serta-merta dan anda boleh terus mula berdagang di pasaran forex. Baki deposit anda akan dipaparkan di dalam akaun dagangan anda pada bahagian Accounts Balance.

MD: Ketahui bagaimana cara untuk memasukkan duit anda ke dalam akaun dagangan GMI Markets dengan mudah dan pantas.